Borang Pesanan Sweet Siti Shop

Nama:
No. Telefon :
Alamat Email :
Alamat Surat Menyurat :
Service Penghantaran Pilihan
1. Nama, Kod Produk & Kuantiti :
2. Nama, Kod Produk & Kuantiti:
3. Nama, Kod Produk & Kuantiti:
Cara Pembayaran
Nota Ringkas :
Terma & Syarat Saya bersetuju dengan segala terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh Sweet Siti Shop.

Get your own free form like this one.

Monday, January 31, 2011

Cara Pembelian di Sweet Siti Shop (Sila baca dengan teliti)


Mungkin apa yang pihak Sweet Siti Shop buat ini kelihatan sedikit tegas, namun begitu ini tak lain dan tak bukan hanya untuk memudahkan urusan serta menjaga hak pembeli dan penjual. Terlebih dahulu, dari pihak Sweet Siti Shop ingin mengucapkan terima kasih di atas kesudian anda untuk berurus niaga dengan kami.

Terima kasih.

Terma & Syarat Pembelian di Sweet Siti Shop (Sila baca dengan teliti)

1. Urusan jual beli dilakukan dalam Ringgit Malaysia (RM).

2. Pembelian boleh dibuat pada senarai produk yang dipaparkan sahaja.

3. Harga yang dipaparkan adalah harga tetap dan belum termasuk kos penghantaran yang mana berbeza-beza mengikut kawasan penghantaran.

4. Urusan jual beli dilakukan dengan pelanggan yang serius sahaja. Sebarang pertukaran / pemulangan produk selepas pembelian TIDAK AKAN DILAYAN.

5. Jika tiada bayaran dalam masa 24jam setelah pesanan disahkan, pesanan secara automatik akan terbatal dan produk tersebut akan dijual semula. Sila maklumkan kepada pihak Sweet Siti Shop sekiranya pelanggan memerlukan lebih masa bagi membuat pembayaran.

6. Tiada konsep "booking" di Sweet Siti Shop. Hanya pelanggan yang telah membuat pembayaran penuh dalam masa 24jam setelah pesanan disahkan akan mendapat produk tersebut.

7. Pelanggan tidak boleh membatalkan pembelian setelah membuat pembayaran. Jika ada, bayaran itu hangus.

8. Produk akan dihantar kepada pelanggan pada hari penghantaran yang berikutnya. Jadual penghantaran produk adalah pada hari Selasa, Khamis dan Sabtu kecuali Sabtu minggu pertama serta cuti am.

9. Segala produk yang telah dibeli dari Sweet Siti Shop adalah tertakluk kepada kontrak penghantaran Pos Malaysia Berhad. Pihak Sweet Siti Shop tidak akan bertanggungjawab di atas kerosakan mahupun kehilangan produk disebabkan oleh kecuaian pihak Pos Malaysia Berhad. Ini bermaksud, risiko kerosakkan dan kehilangan produk sewaktu penghantaran adalah ditanggung oleh pelanggan sendiri.

Mungkin apa yang pihak Sweet Siti Shop buat ini kelihatan sedikit tegas, namun begitu ini tak lain dan tak bukan hanya untuk memudahkan urusan serta menjaga hak pembeli dan penjual. Terlebih dahulu, dari pihak Sweet Siti Shop ingin mengucapkan terima kasih di atas kesudian anda untuk berurus niaga dengan kami.

Terima kasih.

Khidmat Penghantaran di Sweet Siti Shop

POSLAJU - (disyorkan)

Produk dijamin sampai kepada pelanggan dalam tempoh 2 -3 hari bekerja (anggaran maksima). Memerlukan tandantangan pelanggan. Kadar bayaran Pos Laju adalah seperti berikut:

Semenanjung Malaysia
1KG : RM6.50 setiap 250grm berikutnya tambah RM1.00
2KG : RM10.50 setiap 250grm berikutnya tambah RM1.00

Sarawak
500 grm : RM9.50 setiap 250grm berikutnya tambah RM1.50

Sabah
500 grm : RM11 setiap 250grm berikutnya tambah RM2.00

klik sini --- POS LAJU TRACKER


POS EKSPRESS

Produk dijamin sampai kepada pelanggan dalam tempoh 3 -4 hari bekerja (anggaran maksima). Tidak memerlukan tandatangan pelanggan. Agak berisiko untuk hilang. Kadar bayaran Pos Express adalah seperti berikut:

1) RM3.00 - berat tidak melebihi 100 gram

2) RM3.50 - berat tidak melebihi 250 gram

3) RM4.50 - berat tidak melebihi 500 gram

4) RM6.00 - berat tidak melebihi 750 gram

klik sini --- POS EKSPRESS TRACKER

Monday, January 24, 2011

Under construction

Blog ini masih dalam pembinaan. Semoga blog ini cepat beroperasi kelak. Amin

kembali ke atas....